Isu seperti kepupusan spesies ikan negara, pencemaran dan penghapusan habitat ikan, serta kemunduran sikap dan tata susila dikalangan para pemancing amat membimbangkan, sekiranya tidak diberi perhatian. Jadi, kita sebagai pemancing yang berhemah perlulah menunjuk jalan dan menjadi contoh kepada yang lain.

Jika kita memberi pendekatan dalam memancing dengan cara yang beretika serta mesra-alam, maka ini akan memberi hasil positif yang boleh dinikmati semua. Akan ada banyak ikan diperairan kita. Tiada sampah ditepi sungai atau tasik, tiada sisa terapungapung didalam air. Tingkahlaku para pemancing pun tidak menjolok mata. Alangkah ini visi yang menyeronokkan!

Walau bagaimanapun, perubahan mestilah bermula dengan kita sendiri. Marilah kita menjadi pemancing contoh dan mempraktikkan aktiviti memancing secara beretika.

KAWASAN PERIBADI PEMANCING

Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan ‘menceroboh’ kedalam kawasan ini. Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan logik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.

BERSOPAN SANTUN

·         Bersopan santunlah terhadap pemancing lain. Minta izin jika hendak memancing berdekatan dengan mereka.

·         Jangan buat bising. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain marah.

·         Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh. Jika anda mengguna bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tidak mengganggu mereka. Cuba elakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.


KESELAMATAN

·         Sentiasa fi kirkan keselamatan bagi diri anda dan juga orang lain.

·         Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail di atas tanah atau lantai bot.

·         Pakailah alat pelampung (personal floatation device) setiap masa, bila anda berada di dalam bot atau dalam air.

·         Buat tinjauan keselamatan dulu sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot. Cari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelajahi.

@umpan