"Selamat Datang Ke Joran Terbang, Melaka"
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat2 joran pancing. apa khabar semua..? kami harapkan anda semua beroleh kesejahteraan dan sentiasa ceria gembira di samping keluarga tersayang.
alhamdullilah setelah beroperasi 3 tahun di negeri Melaka ini, akhirnya kami berkesempatan untuk mewujudkan sebuah blog bagi mempromosi joran pancing kami di Melaka ini sekaligus boleh berkongsi kepada anda semua aktiviti2 menarik yang kami adakan dari masa ke semasa bagi peminat2 pancing seluruh negeri Melaka dan juga seluruh negara.
Dengan itu kami berharap blog ini boleh menjadi panduan dan rujukan anda semua di luar sana. untuk pengetahuan semua kami mempunyai 2 joran pancing di negeri Melaka ini iaitu ;-
1) Joran Terbang di Mukim Durian Tunggal (3 tahun beroperasi) - keluasan 10 ekar
2) Joran Intan di Taman Merak di Bukit Katil (1 tahun beroperasi) - keluasan 6 ekar
bagi yang meminati aktiviti rekreasi memancing ini, anda semua dijempot utk datang beramai2 ke kolam pancing/ joran kami ini. pelbagai kemudahan dan aktiviti mingguan dan bulanan kami adakan untuk menyemarakkan lagi minat peminat2 pancing. dan insyaAllah anda semua akan berpuas-hati dan gembira dengan perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda semua.
di atas adalah foto2 yang kami ambil di joran terbang kami sebagai permualaan sahaja untuk memperkenalkan lokasi kami kepada anda di luar sana yang tidak pernah berkunjung ke sini. pasti lokasi kami yang agak jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk kota membuatkan anda akan merasa aman damai disini. insyaAllah akan kami masukkan foto2 lain yang lebih menarik serta aktiviti2 yang dijalankan disini dari masa ke semasa.
sebarang pertanyaan anda sila hubungi terus hotline kami en kamal di talian 013-684 8525
No comments:
Post a Comment